Kenapa Negara kita memerlukan Model Baru Ekonomi..? Kita sudah ditinggalkan oleh jiran-jiran kita Pelaburan asing walaupun ada datang tetapi berkurangan. Syarikat swasta kita sendiri tidak Melabur dalam negara sendiri. Mereka pergi ke tempat lain untuk mencari keuntungan.
Kita terletak dengan pendapatan pertengahan. Negara-negara suatau masa dahulu sama taraf pendapatan dengan kita seperti Korea Selatan , Hong Kong , Taiwan , dan Singapura , kini telah jauh meninggalkan kita.
Pendapatan per-kapita kita hanya setakat AS$7 ,000 (RM23,100) sedangkan negara yang sama taraf dengan kita satu masa dahulu sudah meningkat dua hingga lima kali ganda daripada per-kapita kita.
Kenapa perlaburan asing di Negara Malaysia berkurangan ? Antara sebabnya:
Syarikat Asing memberikan pelbagai sebab mengapa mereka tidak lagi datang kesini. Pertama, Industri kita masih lagi bertumpukan Industri bergaji rendah dan Teknologi rendah yang kurang nilai tambahnya dalam produk keluaran.
Kedua , bagi Industri Berteknologi Tinggi, kita tidak memiliki pekerja yang berkemahiran. Ramai tenaga kerja berkemahiran kita lari ke negara jiran atau negara lain kerana mereka boleh mendapat Gaji yang dua tiga kali ganda lebih tinggi dari negara kita sendiri.
Golongan professional juga begitu, Ramai yang sudah lari ke negara lain seperti Singapura , Hong Kong , Malahan Indonesia sendiri memberikan gaji yang lebih tinggi daripada kita.
Ketiga ramai pelabur yang merungut susah untuk memulakan perniagaan dengan karenah Birokrasi yang menjadi-jadi. Kalau ditempat lain, apa jua yang perlu untuk memulakan perniagaan - boleh dilakukan dalam beberapa jam tetapi disini , mengambil masa berbulan.
Salah satu kelemahan yang kerap dibangkitkan oleh pengkritik Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah ia menguntungkan orang tertentu. Mereka yang mempunyai kaitan dan Hubungan dengan pemimpin dan pentadbir atau tergolong dalam golongan yang mempunyai pengaruh sehingga tiada peluang untuk golongan biasa atau pertengahan untuk menjalankan perniagaan.
Oleh itu pelan Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak dapat sampai ke sasaran yang diinginkan.
Sebenarnya , Negara kita tidak boleh terus dalam keadaan diman ajurang Ekonomi antara golongan Majoriti (60 peratus) dengan golongan Minoriti bertambah luas. Kalau semua bidang Ekonomi sudah dikuasai oleh golongan Minoriti..? Bagaimana golongan majoriti ini boleh memperbaiki kedudukan Ekonomi mereka.
Syarikat swasta yang rata-rata dikuasai oleh bukan Melayu tidak akan mengambil orang Melayu bekerja dengan mereka. Mereka yang menguasai rantaian bekalan tidak akn memberikan potongan kepada bahan binaan yang diperlukan oleh Kontraktor Melayu. Projek Swasta tidak akan diberikan kepada Kontraktor Melayu.
Pada waktu yang sama penjawat awam juga harus mengamalkan dasar adil kepada yang layak menerima tidak kira Bangsa. Msalnya, jangan disekat kenaikan pangkat di insititusi pengajian tinggi bagi tenaga pengajar yang layak.
Banyak Reformasi perlu dijalankan selaras dengan perlaksanaan MBE ini.Selain daripada cara menghasilkan modal insan yang boleh memenuhi kehendak negara, perkhidmatan awam juga wajar dilakukan reformasi.
Hasrat Model Ekonomi Baru yang lain pula ialah supaya Industri berasaskan pengetahuan ke hadapan , selain daripada tanah , Buruh dan Modal , serta Inovasi dan Kreativiti menjadi fokus utama.
Pendapatan lebih Tinggi tidak bermakna memberi gaji yang lebih sahaja. Yang lebih penting adalah peningkatan dalam produktiviti. Kini, angka indeks produktiviti itu rendah dan kita perlu tingkatkannya. Banyak yang perlu diberikan tumpuan kepad Aktiviti Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) kalau kita ingin Maju. Apa juga kekuatan Negara kita seperti sumber alam dan kepelbagaian budaya dan Masyarakat harus kita terokai sepenuhnya.
Azwander Economics Malaysia
Sabtu, 7 November 2015
Azwander Economics: Model Ekonomi Baru dan Agenda Melayu
Tidak lama lagi Model Baru Ekonomi (MBE) akan diumumkan. Teka-teki tentang apakah kandungan Model itu masih beterusan. Setakat ini, yang kita tahu hanya inovasi, kreativiti dan pendapatan tinggi. Itu sahaja Lain daripada itu, agak sendiri.
Satu perbincangan meja bulat tentang perkara tersebut anjuran Majlis Perundingan Melayu(MPM)
dan kementerian perindustrian dan perdagangan antarabangsa (MITI) telah diadakan.Perkara utama yang dibincangkan , apakah MBE ini akan mengambil kira beberapa kelemahan dalam kalangan Orang Melayu pada hari muka. Kelemahan dari segi pendapatan yang rendah , kelemahan antara kaum kian meluas, jurang antara Melayu Bandar dan Luar Bandar yang luas dan pencapaian Masyarakat perniagaan dan perdagangan Melayu setakat ini yang belum setakat mana dan penguasaan orang lain atas Ekonomi kita.
Banyak Negara lain di Dunia mengamalkan dasar seperti DEB yang diamalkan oleh Malaysia.
Misalnya, di India dinamakan dasar pertumbuhan dengan kesemarataan, di China - dasar pertumbuhan inklusif dan di Eropah - dasar pertumbuhan meluas.
Malah piagam Bangsa-bangsa Bersatu dan Bank Dunia bersetuju bahawa tindakan affirmative diperlukan dan penting demi kestabilan rakyat.

Langgan:
Catatan (Atom)