Tidak lama lagi Model Baru Ekonomi (MBE) akan diumumkan. Teka-teki tentang apakah kandungan Model itu masih beterusan. Setakat ini, yang kita tahu hanya inovasi, kreativiti dan pendapatan tinggi. Itu sahaja Lain daripada itu, agak sendiri.
Satu perbincangan meja bulat tentang perkara tersebut anjuran Majlis Perundingan Melayu(MPM)
dan kementerian perindustrian dan perdagangan antarabangsa (MITI) telah diadakan.Perkara utama yang dibincangkan , apakah MBE ini akan mengambil kira beberapa kelemahan dalam kalangan Orang Melayu pada hari muka. Kelemahan dari segi pendapatan yang rendah , kelemahan antara kaum kian meluas, jurang antara Melayu Bandar dan Luar Bandar yang luas dan pencapaian Masyarakat perniagaan dan perdagangan Melayu setakat ini yang belum setakat mana dan penguasaan orang lain atas Ekonomi kita.
Banyak Negara lain di Dunia mengamalkan dasar seperti DEB yang diamalkan oleh Malaysia.
Misalnya, di India dinamakan dasar pertumbuhan dengan kesemarataan, di China - dasar pertumbuhan inklusif dan di Eropah - dasar pertumbuhan meluas.
Malah piagam Bangsa-bangsa Bersatu dan Bank Dunia bersetuju bahawa tindakan affirmative diperlukan dan penting demi kestabilan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan